Pengenalan: Kerja Projek Asas Sains Komputer (ASK)

Pelajar Tingkatan 3 di peringkat menengah rendah, bagi mereka yang mengambil subjek Asas Sains Komputer (ASK), pastinya tugasan kerja projek ASK telah pun diberikan oleh guru-guru bermula bulan Mac yang lalu dan bakal berakhir pada bulan Ogos kelak. Bagaimana cara untuk menyiapkan Kerja Projek ASK Tingkatan 3? Berikut adalah panduan kerja projek ASK tingkatan 3.
Asas Sains Komputer merupakan salah satu subjek dalam Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Kerja Projek ASK pula membawa markah sebanyak 30% daripada kesuluruhan skor subjek. Ini adalah amat penting kerana ASK juga merupakan salah sebuah subjek yang diambil kira dalam Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)

Panduan Kerja Projek ASK Asas Sains Komputer

Kerja projek adalah sebuah tugasan yang lebih difahami sebagai pembinaan atau siasatan secara efisyen atau teratur serta tertumpu kepada topik yang spesifik. Di peringkat sekolah, kerja projek akan diberikan selepas pelajar menguasai kemahiran atau ilmu yang telah dipelajari.

Bagi Kerja Projek KSSM ASK Tingkatan 3, ianya adalah salah sebuah komponen Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang wajib dijalankan oleh pelajar secara individu ketika di Tingkatan 3. Justeru itu, guru akan melaporkan perkembangan penguasaan murid beserta skor markah pelajar yang akan dihantar ke Lembaga Peperiksaan (LP) yang mewakili 30% wajaran daripada markah keseluruhan PT3 ASK

Buku Teks Digital Asas Sains Komputer Tingkatan 1, Tingkatan 2 dan Tingaktan 3 [DOWNLOAD]

Buku Teks Digital Asas (BTDA) Asas Sains Komputer (ASK) KSSM Selari dengan perkembangan pesat teknologi digital, Kementerian Pendidikan Mala...