Kerja Projek ASK Tingkatan 3 bermula Mac setiap tahun dan akan berakhir pada Ogos. Namun, calon perlu menghantar Laporan Projek lebih awal ( Bulan Jun) kerana pentaksiran oleh pentaksir dalaman dan pentaksir luar akan dilaksanakan pada Bulan Julai. Ini kerana markah Kerja Projek ASK Tingkatan 3 perlu dihantar kepada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) pada bulan Ogos. Kerja projek menyumbang 30% markah untuk matapelajaran ASK. Berikut merupakan format pelaporan untuk kerja projek ASK Tingkatan 3:
Laporan kerja projek KPAT3 merangkumi:
a) Kulit hadapan
i. Nama mata pelajaran
ii. Tajuk kajian
iii. Nama sekolah
iv. Nama murid
v. Nombor kad pengenalan murid
vi. Angka giliran peperiksaan
vii. Nama penilai
viii. Tarikh dihantar
b) Kandungan
i. Pendahuluan
ii. Carta Gantt
iii. Fasa pembangunan atur cara:
a. Analisis masalah
b. Reka bentuk atur cara
c. Pengekodan
d. Pengujian dan penyahpepijatan
e. Dokumentasi
iv. Pelaporan penggunaan teknik pemikiran komputasional bagi setiap fasa pembangunan atur cara
v. Penghasilan produk
vi. Cadangan penambahbaikan
vii. Penutup
viii. Lampiran
contoh laporan pengiraan BMI
ReplyDelete